
Ahmad Maslan terima PhD bidang komunikasi
Lama tak dengar cerita bekas Ketua Penerangan UMNO era Datuk Seri Najib Razak Datuk Seri Ahmad Maslan.
Sejak jadi Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan dalam kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan, Ahmad Maslan jarang-jarang muncul di media massa.
Dalam senyap, bekas Timbalan Menteri Kewangan ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (Phd) pada Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM), pada Isnin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, kejayaan menamatkan pengajian dan menerima gelaran Dr merupakan satu detik bersejarah buat dirinya.
“Pendidikan adalah suatu proses sepanjang hayat. Terima kasih isteri saya, Noraini, keluarga, penyelia, pensyarah dan rakan-rakan yang telah membantu,” katanya menerusi TikTok miliknya, hari ini.
Ahmad memperoleh PhD bidang komunikasi selepas menyiapkan tesis bertajuk Strategi Komunikasi Kerajaan Malaysia: Satu Analisis Penentuan Agenda dan Pembingkaian Pelaksanaan Goods and Services Tax.
Beliau merupakan antara 6,832 graduan univerisit berkenaan yang berjaya menerima ijazah pada majlis konvokesyen tersebut.-11/11/2025



