FOKUS

Muhyiddin ‘tembak’ spekulasi Hamzah Zainuddin digugurkan sebagai Ketua Pembangkang…

Spekulasi ini sudah berlegar hangat kebelakangan ini ekoran isu kemelut dalaman parti Bersatu.

Maka kedengaranlah soksek di sana ini bahawa kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sudah goyang.

Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dikatakan bakal gantinya untuk jawatan itu.

Ini gara gara isu kem Hamzah dikatakan mahu Timbalan Presiden Bersatu itu segera ambil alih kepimpinan sebagai Presiden parti dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Spekulasi menjadi bertambah hangat ekoran perjumpaan Muhyiddin dengan 18 Ahli Parlimen Bersatu di rumahnya Selasa malam.

Namun Muhyiddin yang ditemui wartawan di Tuaran sewaktu kempen pilihanraya Sabah pada Jumaat tegas kata “tidak benar…tiada sebarang perubahan”.

Beliau mendakwa hubungan antara pimpinan parti itu baik baik saja dan mereka sepakat untuk tumpu perhatian bagi persiapan pilihanraya umum akan datang.

Juga dakwanya semua pimpinan menyokong beliau dan tiada sebarang isu berbangkit.- 21/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button