FOKUS

Kanak-kanak 16 tahun ke bawah dilarang ada media sosial mulai tahun depan

Nampaknya kerajaan sudah tidak lagi dapat berkompromi dengan gejala dan kesan media sosial terhadap knak-kanak.

Kabinet telah membuat keputusan untuk melarang mereka yang berusia 16 tahun dan kebawah dilarang mempuntyai akaun media sosial.

Keputusan berkenaan akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

Ia diumum oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Ahad.

Ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Kesedaran Penipuan Syber Komuniti India Lembah Pantai di Angkaspuri beliau berkata larangan berkenaan bertujuan mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

“Ini keputusan Kabinet .Kita harap menjelang tahun depan, platform-platform media sosial akan akur dengan keputusan kerajaan untuk melarang kanak-kanak bawah 16 tahun membuka akaun media sosial.

Selain melalui Akta Keselamatan Dalam Talian dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum seperti yang dilakukan Australia dan negara lain terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

“Negara yang berbeza mungkin mengambil pendekatan yang berbeza, namun kita akan mengkaji kaedah yang paling sesuai untuk memastikan mereka di bawah umur 16 tahun dihalang daripada mempunyai akaun media sosial,” katanya.

Beliau berkata, salah satu mekanisme yang sedang dipertimbangkan ialah mewajibkan platform media sosial melaksanakan pengesahan eKYC yang melibatkan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kerajaan seperti MyKad, pasport dan MyDigital ID.

“Kita menjangkakan platform dapat melaksanakannya menjelang tahun depan. Saya percaya bahawa jika kerajaan, badan kawal selia dan ibu bapa memainkan peranan masing-masing, kita dapat memastikan internet di Malaysia bukan sahaja pantas, meluas dan mampu milik, tetapi yang paling penting, selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga” tambahnya.- 23/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button