TAHUKAH ANDA

Hampir 10,000 mangsa banjir di seluruh negara… Kelantan tertinggi

Seramai 9,384 mangsa banjir membabitkan 3,362 keluarga direkodkan di tujuh negeri, setakat jam 11 malam tadi.

Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 8,224 orang membabitkan 3,011 keluarga yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Empat daerah itu membabitkan kawasan Tumpat (4,349 mangsa), Bachok (1,487 mangsa), Kota Bharu (2,263 mangsa) dan Pasir Puteh (124 mangsa).

Selain Kelantan, negeri lain yang terjejas termasuk Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak, Selangor dan Perak.

Menurut laman Info Bencana JKM, Terengganu mencatatkan seramai 369 mangsa yang ditempatkan di dua PPS; Kedah (296 mangsa); Pulau Pinang (219 mangsa) dan Perlis (196 mangsa).

Selain itu, Sarawak membabitkan 44 mangsa, Selangor (26 mangsa) dan Perak (10 mangsa).

Berdasarkan rekod taburan pecahan mangsa, seramai 2,877 individu terdiri daripada lelaki dewasa, 3,045 perempuan dewasa, 1,642 kanak-kanak lelaki dan 1,510 kanak-kanak perempuan.

Daripada keseluruhan mangsa, seramai 153 bayi lelaki dan 157 bayi perempuan direkodkan terjejas.-24/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button