MCMC terima 812 aduan penyebaran berita palsu

Sebanyak 812 aduan berkaitan penyebaran kandungan atau berita palsu diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi portal CRP (Consumer Redress Portal) bagi tempoh 1 Januari hingga 20 November 2025.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, ia melibatkan maklumat palsu berkaitan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Beberapa aduan diterima berkaitan penyebaran maklumat palsu mengenai inisiatif kerajaan seperti STR dan SARA. Selain itu terdapat juga aduan yang menunjukkan penyebaran maklumat palsu bertujuan menimbulkan keresahan dan panik dalam kalangan masyarakat,” jelas beliau ketika menjawab soalan ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Tambah beliau MCMC berterusan mengambil tindakan proaktif dalam memeranginya daripada berleluasa.

Antaranya melalui pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS), program bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Jabatan Penerangan (JAPEN).-24/11/2025

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.