FOKUS

SPRM bebas siasat segera kes Shamsul Iskandar…- PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera tampa sebarang campurtangan luar terhadap isu dakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri,Datuk Shamsul Iskandar Md Akin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan ringkas di laman media sosial beliau lewat pagi Rabu kata beliau menerima perletakan jawatan Shamsul Iskandar.

Serentak dengan itu Perdana Menteri menegaskan kerajaan Madani kekal teguh dengan prinsip ketelusan dan integrity dan beri ruangt kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.

Petang semalam,Shamsul Iskandar telah umum perletakan jawatan beliau sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri di laman media sosialnya.

Katanya beliau telah serah surat letak jawatan kepada Anwar pada sebelah pagi.

Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas menyedari terdapat percubaan untuk menyerangnya dan ia boleh merosakkan imej Kerajaan Madani.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya.

Shamsul Iskandar baru-baru ini telah diselubungi oleh isu beliau mengeluarkan surat sokongan pada 6 Mei 2024 kepada enam kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hospital.

Ketika mengulas hal berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 November lalu, Anwar menegaskan sudah menegur tindakan itu dan menjelaskan, peraturan serta prinsip kerajaan tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan.

Dalam pada itu…terbaru seorang ahli perniagaan yang namanya heboh dalam isu skandal lesen penerokaan mineral melibatkan sebilangan wakil rakyat Sabah dilaporkan media membuat dakwaan ada beri sejumlah wang kepada Shamsul Iskandar.

Ahli perniagaan itu dilaporkan dakwa wang itu diberi setelah dia diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada sebilangan ahli politik di Sabah sebelum tu bagi membantu dapatkan lesen berkeaan.

Dia juga dilaporkan dakwa ada bukti wang tunai bertukar tangan serta dokumen,tangkapan skrin perbualan WhatsApp dan resit.

Shamsul Iskandar ,bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya,Melaka dan bekas Timbalan Menteri serta bekas Ketua Penerangan PKR dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri pada 23 Disember 2022.

Sebelum itu beliau tewas tipis cuma 348 undi sebagai calon PKR yang cabar Datuk Seri Zahid Hamidi di kerusi parlimen Bagan Datuh semasa pilihanraya umum ke 15. – 26/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button