
BN sertai kabinet kerajaan perpaduan Sabah
Kabinet baru Sabah selepas pilihanraya negeri ke 17 yang diketuai Datuk Seri Hajiji Noor dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) angkat sumpah pada Isnin dicelah rungutan dan rasa tidak puashati kalangan`penyokong serta aktivis.
Antara yang paling mengejutkan ialah penyertaan Barisan Nasional (BN) yang menang enam kerusi.
Ini kerana tiada indikasi awal yang jelas pada kemungkinan itu ditambah dengan hubungan dingin yang diketahui umum antara Pengerusi BN Sabah Datuk Bung Mokthar Radin dan bos GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam pada itu sebilangan aktivis dalam parti gabungan GRS dengan tegas menolak penyertaan BN dalam kerajaan yang baru dibentuk.
BN yang menang enam kerusi cuma dapat jawatan Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar yang disandang oleh Datuk Jafry Ariffin.
Sebaliknya UPKO yang menang tiga kerusi dapat jawatan Timbalan Ketua Menteri III yang disandang oleh presidennya Datuk Ewon Benedick .Beliau juga pegang portfolio Menteri Perindustrian, Keusahawanan, dan Pengangkutan.
Timbalan Ketua Menteri II disandang oleh Datuk Masidi Manjun dari GRS yang juga Menteri Kewangan.
Datuk Dr Joachim Gunsalam dari GRS jadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya dan Utiliti.
Datuk Jamawi Jaafar yang sertai PKR sehari sebelum penamaan calon dan bertanding atas tiket Pakatan Harapan dilantik Menteri Pertanian, Perikanan, dan Industri Makanan.Beliau merupakan calon tunggal PH yang menang kerusi DUN.
Sementara itu dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri…Timbalan Ketua Menteri Dr Joachim Gunsalam mengesahkan kerajaan Sabah yang dibentuk selepas PRN17 ini sebagai Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, kerajaan kini disertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Menurut beliau, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) belum lagi menganggotai Kabinet kerajaan Sabah.
“Ya, Kerajaan Perpaduan. Star belum,” katanya.
Berikut senarai penuh menteri dan portfolio mereka:
Datuk Seri Hajiji Noor (GRS) – Ketua menteri
Datuk Joachim Gunsalam (GRS) – TKM I, Menteri Kerja Raya dan Utiliti
Datuk Masidi Manjun (GRS) – TKM II, Menteri Kewangan
Datuk Ewon Benedick (Upko) – TKM III, Menteri Perindustrian, Keusahawanan, dan Pengangkutan
Datuk Arifin Arif (GRS) – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Jamawi Jaafar (PH) – Menteri Pertanian, Perikanan, dan Industri Makanan
Datuk Rubin Balang (GRS) – Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk James Ratib (GRS) – Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi, dan Inovasi
Datuk Jafry Ariffin (BN) – Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar
Datuk Julita Mojungki (GRS) – Menteri Pembangunan Wanita, Kesihatan, dan Kesejahteraan Awam
Datuk Nizam Titingan (GRS) – Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan, dan Industri Kreatif -1/12/2025
.
Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah jam 3.05 pagi
Drama politik Sabah dalam pilihanraya negeri ke 17 berlarutan hingga jam 3.05 pagi Ahad bila Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri semula.

Asalnya beliau tiba di kediaman rasminya pada jam 11.50 malam, memakai baju Melayu hitam, pakaian rasmi untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Negeri.
Namun pada waktu berkenaan masih berlegar pelbagai spekuasi termasuk kemungkinan Presiden parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal juga ‘cukup jumlah’ kerusi untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri.
Ikut ceritanya rundingan dan tawar menawar untuk bentuk Kerajaan Negeri Sabah sedang rancak berlangsung di pelbagai tempat sekitar Kota Kinabalu.
Hajiji tiba di kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah pada jam 1.40 pagi.
Beliau cuma angkat sumpah jam 3.05 pagi.
Sebelum itu menjelang jam 2 pagi baru muncul khabar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi memenangi 29 kerusi, manakala Warisan memperoleh 25 kerusi.
Sabah mempunyai 73 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan negeri, majoriti mudah yang diperlukan ialah 37 kerusi.
Keputusan rami ialah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) 29,Parti Warisan Sabah (Warisan) – 25,Barisan Nasional (BN) – 6,Bebas – 5,Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) – 3,Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH) – 2,Perikatan Nasional (PN) – 1,Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) – 1,Pakatan Harapan (PH) – 1
Seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kali ini. – 30/11/2025



