TAHUKAH ANDA

Rampasan barangan Albert Tei ikut prosedur – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan merampas barangan berharga milik Albert Tei tanpa pengetahuan seperti didakwa isteri ahli perniagaan itu.

SPRM bagaimanapun berkata, senarai barangan yang dirampas sudah diserahkan kepada Albert pada hari penahanannya dan ditandatangani sendiri individu berkenaan.

Beberapa barangan seperti telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang disita itu adalah bahan bukti kes yang disiasat.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM yang mengesahkan perkara itu berkata, barangan berkenaan diberi oleh ahli perniagaan itu kepada pegawai SPRM dan satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 turut diserahkan kepadanya pada Jumaat lalu.

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas bahawa pegawai SPRM merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur.

“SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan ditetapkan dalam bidang kuasa,” katanya.

Terdahulu, peguam mewakili isteri Albert Tei mendakwa, SPRM merampas barangan suaminya secara tidak sah dan memberi tempoh tiga hari sehingga Rabu ini kepada SPRM mengeluarkan inventori harta yang dirampas.-1/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button