FOKUS

PM bayangkan hanya rombakan kecil kabinet…

Teka teki politik yang sedang rancak berlegar sekarang setelah selesainya pilihanraya negeri Sabah tentunya siapa yang bakal dilantik dalam rombakan kabinet yang wajib dibuat dalam masa terdekat.

Soal samaada rombakan berkenaan kecil atau besar sudah dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada wartawa di satu majlis di Kuala Lumpur pada Isnin.

Rombakan itu melibatkan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ekoran Datuk Seri tempoh Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai senator tamat mulai esok.

Sebelum ini dua menteri Datuk Seri Rafizi Ramli letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam setelah tewas dalam pemilihan PKR.

Seorang lagi ialah Ewon Benedick yang letak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi awal November.

Sementara itu, tempoh tiga lagi menteri yang juga senator – Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar – juga akan berakhir.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih dalam penggal pertama dan berkemungkinan besar akan disambung untuk tempoh tiga tahun lagi.

Kepada wartawan hari ini Perdana Menteri awal awal sudah bagi bayangan tiada rombakan kabinet secara besar-besaran akan dilakukan.

Katanya sebaliknya tumpuan kini hanya kepada pengisian beberapa kekosongan yang wujud.

Walaupun terdapat desakan dan spekulasi mengenai kemungkinan rombakan kabinet, Anwar menjelaskan bahawa pertimbangan semasa menunjukkan tiada keperluan untuk perubahan menyeluruh memandangkan tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI kini hanya berbaki sekitar setahun setengah.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Namun, rombakan besar tidak sesuai kerana Kabinet ini hanya akan berfungsi untuk tempoh setahun lebih atau setahun setengah.

“Jadi, saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan. Walau bagaimanapun, saya sedang meneliti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengisi kekosongan yang ada,” katanya merasmikan Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua di Kuala Lumpur.- 1/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button