Panas…panas….8 lagi Ahli Parlimen PN nak sokong PM

Kalau betul …ini bukan lagi kes berat tetapi sudah parah.
Setelah bikin aksi ‘melompat’ yakni menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini,Ahli Parlimen PN Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bikin gegar lagi.
Isnin…beliau tampil menerusi sidang akhbar di kediamannya untuk sebar khabar kepada wartawan bahawa ada sekurang-kurangnya tujuh atau lapan ahli Parlimen PNbersedia untuk menyatakan sokongan kepada PM Anwar
Bayangkan ..baru ini termasuk beliau seramai lima orang Ahli Parlimen PN sudah ‘lompat’ sokongan.
Jika ditambah lapan lagi….jumlahnya sudah 13 orang.
PN semuanya ada 74 Ahli Parlimen.Jika ditolak 13 ‘lompat’ sokongan….maka tinggal 61 di blok pembangkang.
Ini juga bermakna kerajaan perpaduan jadi makin kukuh dan mantap.
Pada sidang akhbar itu Syed Abu Hussin bagaimanapun tidak beri sebarang pengesahan atau kepastian.
Beliau sekadar berkata Ahli Parlimen yang berkenaan berhubung denganya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
“Dulu ada lima ke enam orang ahli Parlimen. Sekarang ada tujuh ke lapan orang ahli Parlimen yang akan sokong Perdana Menteri.
“Nama tak boleh umum lagi, tunggu masa dan lihat akan ada pengumuman mereka yang akan menyokong kerajaan. Insya-Allah, dalam masa terdekat, dari PN dan beberapa negeri,” katanya.
Apa alasan mereka ?
Jawab Syed Abu Hussin semakin ramai ahli Parlimen PN bersedia berbuat demikian kerana keengganan pucuk pimpinan mengadakan rundingan rasmi dengan pihak kerajaan berhubung peruntukan kawasan.
“Ramai ahli Parlimen PN tanya kenapa tak dapat peruntukan. Kerajaan suruh runding, kenapa tak runding. Ahli Parlimen dari Pas pun merungut juga tak ada peruntukan, tapi mereka dengan cara mereka, jadi mereka teruskan.
“Saya orang parti dan apa usaha yang dilakukan PN, saya berikan masa, walaupun tegur banyak kali tapi sehingga setahun pun tak boleh runding malah ada dua orang lagi keluar dan sebab itu akan ada beberapa orang lagi akan keluar,” katanya.
Katanya, jika PN terus berdegil enggan berunding dengan pihak kerajaan, golongan pengundi Melayu mungkin tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
“Apa akan jadi pada PN, mereka jaga kawasan Melayu dan kalau tak bersedia untuk berunding maknanya tak dapat peruntukan, dah setahun tak berunding apa cerita.
“Kalau tak mampu berunding, lantiklah wakil yang boleh berunding. Sebagai ahli Parlimen dalam negara demokrasi, patutnya ahli Parlimen pembangkang lebih terbuka dan gentleman.
“Saya tak boleh tunggu begitu lama nak tebuk atap. Sekarang atap dah tak ada, yang ada bumbung konkrit, bukan senang nak tebuk,” katanya.- 11/12/2023