TAHUKAH ANDA

Ini dia keputusan mahkamah pasal kedudukan ADUN Gombak Setia

Hilman Idham yakni orang kanan Datuk Seri Azmin Ali di Selangor sudah boleh ‘bawa bertenang’

Ini kerana kedudukan beliau sebagai Adun Gombak Setia yang mewakili Perikatan Nasional (PN) sudah kira terjamin.

Mahkamah Pilihan Raya pada Isnin menolak petisyen untuk membatalkan kemenangan beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Abdul Wahab Mohamed, yang bersidang sebagai hakim mahkamah pilihan raya menolak petisyen oleh seorang pengundi DUN Gombak Setia, Shaffie Omar.

Alasannya dia mendakwa menerima RM150 sebagai dorongan kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, pada Ogos lalu

Lelaki 40 tahun itu juga mendakwa jumlah sama turut diberikan kepada pengundi di Lot 2634, Sungai Chinchin Pinggiran 5, Kampung Sungai Chinchin, Kuala Lumpur, pada 9 Ogos.

Dia berkata bahawa kesalahan bawah Seksyen 32(c) Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 itu bertujuan mempengaruhi undi supaya menyokong Hilman.

Dalam PRN Selangor yang berlangsung pada 12 Ogos lalu, Hilman menawan kerusi DUN Gombak Setia, dengan hanya kelebihan 58 undi.

Dia meraih 30,299 undi dan mengalahkan calon BN, Megat Zulkarnain Omardin (30,241 undi), dan calon bebas, Salim Ali (1,076 undi).

Selain Gombak Setia, PH juga kalah tipis di DUN Dengkil (407 undi), Sungai Kandis (167), dan Taman Medan (30).-11/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button