TAHUKAH ANDA

Banjir Sumatera: Malaysia sumbang RM500 kepada pelajar Indonesia – PMO

Atas semangat persaudaraan dan rasa persahabatan serumpun… Malaysia menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 seorang kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di negara ini dan terkesan akibat bencana di Aceh serta Sumatera Utara.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, sumbangan itu disalurkan sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.

Menurut kenyataan itu, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengjian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh serta Sumatera Utara.

Baca artikel lain: Usaha cari Asrul Nizam masih diteruskan, tiga rakyat Malaysia di Aceh telah diselamatkan

“Malaysia turut bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hampir 1,000 orang terkorban dan hampir satu juta lagi terpaksa meninggalkan rumah selepas beberapa minggu banjir dan tanah runtuh melanda Sumatera Utara.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) melaporkan 961 kematian, 234 orang hilang dan kira-kira 5,000 cedera di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat setakat Khamis.

Agensi itu turut merekodkan kerosakan ke atas lebih 156,000 rumah. Sebanyak 52 daerah dan bandar masih terjejas teruk.-12/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button