FOKUS

Mohamed Hasan pula bersuara pasal isu UEC…

UMNO nampaknya cukup tegas tidak berganjak langsung dalam pendirian terhadap desakan mengitiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Setelah tegasan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh…Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pula bersuara setelah isu itu dimainkan semula selepas kekalahan teruk DAP dalam pilihanraya negeri Sabah.

Usaha itu dikatakan sebagai langkah DAP menarik balik sokongan kaum Cina.

Menerusi satu kenyataan ,Menteri Luar itu menegaskan kerajaan tidak ada masalah mengiktiraf UEC jika ia dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan dan digubal dengan menepati aspirasi nasional.

“Selagi ia tidak menepati ciri tersebut, maka ia tidak boleh disetarakan dengan kelayakan nasional,” katanya.

“Tetapi janganlah kerajaan dipaksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional,” katanya.

Mohamad Hasan berkata, kerajaan mengizinkan keberadaan sistem pendidikan yang menghasilkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai meraikan kepelbagaian dalam negara, serta kepentingan kaum seawal 1975.

Beliau mengingatkan pelaksanaan itu tidak menghadapi sebarang masalah pun.

Apa yang menjadi isu, katanya, ialah pengiktirafan terhadap sijil tersebut.

Mohamad Hasan kata Malaysia sebagai sebuah negara yang didiami pelbagai kaum, tidak mudah untuknya mengukuhkan perpaduan nasional.

Kerana itu, katanya lagi, kerajaan percaya satu-satunya jalan bagi membentuk identiti nasional ialah melalui pendidikan dalam bahasa kebangsaan serta kurikulum yang direka bersumberkan kearifan tempatan, dan diimbangi dengan piawaian antarabangsa.

Menurutnya kerajaan melaksanakan dasar tersebut dengan mengambil kira kedudukan pendidikan agar ia tidak tersasar daripada amalan terbaik antarabangsa.

Beliau meminta agar pendidikan tidak dipolitikkan.

“Ia adalah satu-satunya arena untuk anak-anak kita daripada pelbagai bangsa belajar bekerjasama antara satu sama lain dalam semangat yang muhibbah,” katanya.

Sebagai latar belakang UEC ialah peperiksaan kendalian oleh sekolah menengah persendirian Cina yang di dianjurkan oleh pertubuhan Dong Zong.

Ia bukanlah terletak di bawah sistem sekolah kerajaan, namun digunakan sebagai standard akademik dalam aliran pendidikan persendirian Cina.

Kelulusan sijil itu digunakan untuk memasuki universiti dan kolej swasta di Malaysia, selain pelbagai universiti luar negara.

Sesetengah syarikat swasta juga menerima UEC sebagai kelayakan untuk seseorang memohon pekerjaan.

Menurut Mohamad Hasan dengan adanya UEC, rakyat Malaysia yang tidak meyakini misi pendidikan nasional mempunyai pilihan untuk belajar dalam sistem yang lain tanpa sebarang halangan.

“Tetapi janganlah kerajaan dipaksa untuk mengiktiraf dan menyamaratakan kelayakan tersebut kerana ia tidak digubal untuk memupuk identiti dan keunikan sistem pendidikan nasional,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan untuk tujuan kemasukan ke universiti pula, ia tidak menjadi masalah kerana ia diterima di kebanyakan universiti di Malaysia serta di luar negara.

“Selagi tiada usaha mereformasi sistem UEC agar diharmonikan dengan aspirasi nasional, maka ia akan kekal sebagai sistem yang tidak setara dengan sistem pendidikan kebangsaan, dan tidak perlu untuk diiktiraf selayaknya,” tegasnya.- 12/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button