
Lebih 60 acara warnai Tahun Melawat Johor 2026
Johor menyasarkan kehadiran 12 juta pelancong dengan pulangan ekonomi lebih RM42 bilion bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2026.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata lebih 60 acara berskala besar dan bertaraf antarabangsa telah dirancang bagi menyemarakkan program tersebut.
“Antaranya ialah Majestic Johor Festival, International Zapin dan Muzikal Festival, Festival Layang- Layang, Johor Mountain Festival, Pesta Durian Segamat, dan pelbagai acara sukan, dalam komuniti yang akan menghidupkan johor sepanjang tahun 2026”, katanya demikian semasa Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 di sini pada Jumaat.
Jelas beliau, beberapa pusat rekreasi dan kawasan tarikan pelancongan baharu turut akan diperkenalkan kepada para pelancong dalam usaha memperhebatkan Tahun Melawat Johor 2026.
Antaranya seperti Pusat Rekreasi di Danga Bay, Johor Bahru, dan Sungai Lebam, Kota Tinggi, serta River Cruise di Sungai Johor.
Selain itu, kerajaan negeri turut menaik taraf infrastruktur pelancongan sedia ada termasuklah penoperasian Zoo Johor pada waktu malam.
Majlis pelancaran berkenaan turut mencatatkan rekod rekod sebagai persembahan zapin terbesar dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dengan himpunan 4,000 penari.-13/12/2025



