FOKUS

Adam Adli ganti Shamsul Iskandar sebagai bos PKR Melaka…

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka ganti Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul Iskandar letak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri setelah timbul isu surat sokongan beliau pada satu projek pembinaan hospital.

Pada 4 Disember beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima rasuah RM176,830 daripada ahli perniagaan Albert Tei.

Shamsul Iskandar mengaku tidak bersalah.

Tei dituduh menawarkan rasuah tersebut.

Perubahan dalam kepimpinan PKR Melaka oleh Biro Politik PKR.

Keputusan yang berkuat kuasa semalam diumum Setiausaha PKR Agung Fuziah Salleh pagi ini.

Kata Fuziah jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal.- 16/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button