FOKUS

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag 24 Januari…

24 Januari 2026 ialah hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Sabah.

Penamaan calon pula ialah pada 10 Januari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh berkenaan dalam mesyuaratnya Selasa.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun kata tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula 10 Januari sehingga 11.59 malam 23 Januari.

“Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mengandungi seramai 48,722 orang pemilih yang terdiri daripada 48,526 orang pengundi biasa dan 196 orang polis,” katanya.

PRK Kinabatangan dan Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah.

Bung Moktar,66, mempertahankan kerusi Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-10 iaitu pada November 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan telah berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama enam penggal.- 16/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button