TAHUKAH ANDA

Banjir empat negeri… 10,400 orang berlindung di PPS

Lebih 10,400 penduduk daripada 3,3 99 keluarga dilaporkan berlindung di 95 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 12 tengah hari tadi selepas empat negeri dilanda banjir.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, negeri yang merekodkan jumlah penduduk terkesan tertinggi ialah Pahang dengan 9,535 penduduk ditempatkan di 77 PPS.

“Jumlah itu melibatkan 3,129 keluarga. Ketika ini Kuantan mencatatkan jumlah teramai, iaitu 7,737 orang, Maran (800), Pekan (585), Rompin (405) dan Jerantut, 18.

Sementara itu laporan turut merekokan peningkatan kepada sebelas sungai di Pahang berada di paras bahaya dan sepuluh sungai lagi berada pada paras amaran manakala bakinya berada pada paras waspada.

“Sembilan sungai berada pada paras bahaya ialah Empangan Chereh, Kuantan; Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan; Kampung Sungai Puteri, Rompin; Sungai Soi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan; Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis; Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis; Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Jerantut; Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan; dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan.

“Manakala yang berada di paras amaran adalah Sungai Kuantan di Kuantan By Pass di Kuantan; Sungai Kenau di Sungai Rimau, Kuantan; Sungai Kuantan di Bukit Kenau, Kuantan; Sungai Dong di Jambatan Sungai Dong, Raub; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Serting di Jambatan Pasir Gudang, Bera; Sungai Jempol di Jengka 5, Maran; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; dan Sungai Pukin, Rompin,” katanya.

“Terengganu pula merekodkan 557 orang daripada 174 keluarga di Kemaman dan Dungun,” menurut portal tersebut.

Turut terjejas banjir, daerah Mersing, Johor yang melibatkan 353 penduduk daripada 91 keluarga.

“Kesemua mereka berlindung di tiga PPS yang telah diaktifkan di daerah itu.

“Di Kelantan pula, sebuah PPS dibuka di Gua Musang yang menempatkan 18 penduduk daripada lima keluarga yang terkesan bencana itu,” jelas portal berkenaan.-18/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button