FOKUS

‘Wasiat’ Bung Mokthar agar anaknya jadi calon kerusi Parlimen Kinabatangan…

Kemungkinan besar Naim Kurniawan ,anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin jadi calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kinabatangan semakin jelas.

Ini bila Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi beritahu pada Khamis beliau pernah berbincang dengan Allahyarham agar anak lelakinya itu ganti dirinya.

Beliau yang juga Presiden UMNO menilai perbincangan itu sebagai satu ‘wasiat’ dari Datuk Bung.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur Zahid kata perbincangan berkenaan belum lagi dibawa ke dalam mesyuarat induk sama ada UMNO dan juga Dewan Tertinggi BN.

“Saya fikir dari segi penerimaan juga baik, namun saya perlu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan kepimpinan dan juga pihak Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

PRK kerusi P187 Kinabatangan dan N58 Lamag diadakan susulan Datuk Bung meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah jam 1.46 pagi, 5 Disember lalu.

SPR telah menetapkan Hari Penamaan Calon pada 10 Januari, manakala tarikh mengundi pula akan diadakan pada 24 Januari.- 17/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button