SUARA PEMBACA

MCMC sentiasa pantau pematuhan penyedia perkhidmatan

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau pematuhan pemberi perkhidmatan termasuk Astro bagi memastikan keperluan ketelusan maklumat dan kejelasan kontrak dipatuhi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pemantauan itu dilaksanakan selaras dengan Kod Amalan Am Pengguna 2022 (GCC), yang mewajibkan penyedia perkhidmatan memaklumkan pengguna tentang semua terma dan syarat kontrak sebelum sesuatu perjanjian dimeterai.

Hal itu termasuk tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pengguna serta implikasi sekiranya berlaku pelanggaran kontrak.

“Pemberi perkhidmatan gagal mematuhi GCC boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda hingga RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pengguna juga bertanggungjawab membuat pertimbangan secara teliti yang memberi informasi sebelum melanggan sesuatu perkhidmatan.

“Pengguna hendaklah memahami sepenuhnya perkhidmatan yang ditawarkan termasuk terma kontrak seperti tempoh komitmen, had penggunaan, caj tambahan, liputan perkhidmatan di kawasan masing-masing serta maklumat sokongan pelanggan,” katanya di Dewan Negara pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Senator, Azahar Hassan berhubung langkah dalam memastikan ketelusan Astro sebelum kontrak ditandatangani oleh peniaga kecil.

Dalam pada itu berhubung mengenai langkah sama ada kementerian bersedia mengarahkan Astro mengeluarkan notis amaran sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga kecil yang tidak menyedari status penggunaan siaran komersial mereka, jelasnya sebarang tindakan undang-undang merupakan keputusan komersial berdasarkan terma kontrak.-19/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button