TAHUKAH ANDA

Retreat Kerajaan MADANI bahas pelaksanaan manifesto bulan depan

Pemimpin parti-parti yang mendokong Kerajaan MADANI akan menjalani pemukiman selama dua hari pada bulan hadapan bagi melihat dan menilai pelaksanaan manifesto setiap parti kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemukiman pada 11 dan 12 Januari depan itu akan membabitkan menteri, timbalan menteri dan kepimpinan parti kerajaan perpaduan.

Katanya, retreat itu adalah bagi mengumpulkan semua pihak tersebut untuk melihat dan menilai prestasi separuh penggal atau tiga tahun selepas pembentukan kerajaan perpaduan.

“Ia (manifesto) mungkin berbeza bagi setiap parti dalam kerajaan, tetapi kita cari titik persamaan seperti kos sara hidup, tentang isu pengangguran, pendidikan, keselamatan dan sebagainya.

“Daripada banyak persamaan itu, berapa banyak yang telah dilaksanakan dan berapa banyak perbezaan yang harus kita santuni supaya ianya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-17 Parti Makkal Sakti di sebuah hotel di Seberang Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, kata Ahmad Zahid, setiap manifesto adalah penting untuk dinilai kerana ia adalah aku janji pemimpin terhadap rakyat.

Selain itu, ujarnya terdapat kekhuatiran sekiranya ada manifesto yang tidak dijanjikan, namun dilaksanakan dan manifesto yang dijanjikan, tetapi tidak dilaksanakan.-22/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button