KEMBARA

Karnival Sepakat Anak Pulau hidupkan budaya, warisan Langkawi

Karnival Sepakat Anak Pulau merupakan inisiatif dalam memartabatkan kembali budaya, makanan tradisi, kesenian, serta gaya hidup penduduk Langkawi.

Pengerusi KRT Rukun Tetangga Bukit Temin, Roslan Din berkata, penganjuran karnival itu selaras dengan Pelan Strategik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 2022-2026 bawah inisiatif Pembangunan Komuniti Yang Progresif dan Dinamik, berteraskan pembangunan sosial.

“Saya berasa terharu kerana pihak LADA memberi kepercayaan kepada KRT Bukit Temin walaupun kemampuan kami sederhana. Program dua hari ini, yang kami jalankan dengan sedaya upaya, amat memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Sepakat Anak Pulau di Makam Mahsuri, di sini hari ini.

Karnival yang bermula pada Sabtu itu berlangsung selama dua hari dan dibahagikan kepada empat segmen utama, iaitu sukan riadah, sukan rakyat, permainan anjung, dan pameran.

Permainan rakyat menjadi keunikan pada karnival kali ini dan dipertandingkan secara terbuka. Ia memberi peluang kepada komuniti setempat serta pelancong untuk turut serta, sekali gus menghidupkan kembali warisan permainan tradisi khususnya di Langkawi.

Selain itu, lebih 40 usahawan tempatan turut diberi ruang untuk memperkenalkan dan memasarkan produk masing-masing, sekali gus menyokong ekonomi komuniti setempat.-22/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button