YANG VIRAL

Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keharmonian di Malaysia bukanlah satu kebetulan, sebaliknya ia dibina melalui dasar yang adil serta budaya saling memahami antara rakyat berbilang kaum dan agama.

Jelas Datuk Seri Anwar dalam satu ucapan sempena sambutan Hari Natal di Facebooknya hari ini berkata, di sebalik ketidaktentuan ekonomi dunia dan konflik kemanusiaan, Malaysia kekal memilih jalan perpaduan dan dialog sebagai asas masa depan negara.

“Perpaduan yang tulen terzahir apabila setiap warga dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menekankan bahawa Kerajaan MADANI percaya peluang yang saksama adalah kunci kepada kestabilan sosial yang berpanjangan.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar menyeru rakyat Malaysia supaya terus memperkukuh tekad dalam menolak sentimen kebencian serta menyemai nilai empati sesama warga.

“Kekuatan Malaysia terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian. Marilah kita memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati,” ujar beliau.

Mengakhiri kenyataan tersebut, Datuk Seri mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian dan berharap sambutan itu membawa kedamaian serta kemakmuran kepada seluruh rakyat Malaysia.-25/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button