FOKUS

PM syukur tiada unsur sabotaj dalam Kerajaan Perpaduan

Dicelah kemelut krisis Perikatan Nasional di Perlis Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur kerajaan perpaduan yang dipimpin beliau tidak menghadapi anasir tidak baik seperti sabotaj dan khianat.

Tanpa menyebut ‘hu ha’ yang tercetus di Perlis Perdana Menteri menilai permuafakatan di antara komponen di bawah kerajaan MADANI lebih mantap dan ikhlas.

Bercakap dalam sidang media khas di Putrajaya pada Selasa beliau berkata “Alhamdulillah…saya bersyukur, muafakat kerajaan perpaduan MADANI itu lebih mantap, lebih ikhlas dan tiada usaha sabotaj, tiada khianat seperti yang berlaku kepada rakan-rakan yang lain.”

Anwar menjawab soalan media berhubung kepada masalah dalaman Perikatan Nasional (PN) terutamanya di antara PAS dan Bersatu sehingga mencetuskan krisis politik di Perlis sehingga perubahan penyandang jawatan Menteri Besar terpaksa dibuat.

Menteri Besar dari PAS, Mohd Shukri Ramli telah diganti oleh Abu Bakar Hamzah dari Bersatu.

Ia diikuti pula oleh perletakan jawatan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) – 30/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button