FOKUS

Azmin dan beberapa Pengerusi PN Negeri pula umum letak jawatan

Ekoran perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) hari ini….langkah berkenaan turut disertai oleh orang kuatnya Datuk Seri Azmin Ali dan beberapa orang lain.

Bekas Menteri Besar Selangor itu umum perletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN.

Dalam kenyataan Azmin beri alasan lantikan beliau sebagai Setiausahan Agung PN adalah bawah bidang kuasa Muhyiddin.

Azmin juga umum letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor.

Setakat ini beliau tidak sentuh kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Bersatu.

Dalam perkembangan berkaitan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menerusi satu kenyataan di Facebook beliau kata “mengambil maklum keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong,Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Johor membuat pengumuman itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker ikut jejak dengan mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.- 30/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button