Thursday - 10, April 2025

Angeline Tan tunai umrah…

Share

Ardini Angeline Tan yang memeluk Islam pada 26 September lalu sebelum bernikah dengan Sabri Yunus pada 14 Oktober sudah jejak kaki di Tanah Suci Mekah untuk tunai Umrah.

Pelakon yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pergi ke sana bersama suaminya.

Beliau berkongsi momen indah sewaktu ibadah Umrah menerusi hantaran di instagram miliknya.

“Solat di Masjid Nabawi. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang, tetapi suasana sangat bersih dan tenang,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, pelakon yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu juga memberitahu sempat melakukan solat jenazah selepas selesai mengerjakan solat Subuh di masjid yang sama.

Kalangan pengikutnya tumpang terharu Angeline yang baru memeluk Islam dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah.

Rata-rata menganggap Angeline sangat beruntung, kerana dipermudahkan urusan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.-12/12/2023

Read more

khabar terbaru