
Timbalan Presiden UMNO kata “Dr Akmal, Pemuda, teruskan keberanian kamu”….
Pada ketika Datuk Seri Dr Akmal Saleh sedang diselubungi isu dakwa beliau hendak letak jawatan Ketua Pemuda UMNO dan sebagai wakil rakyat di Melaka…Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan secara terbuka mendokongnya dalam perasmian perhimpunan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Rabu malam.
Tanpa menyebut pasal gesaan Akmal agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan dan jalin kerjasama dengan PAS semasa ucapan perasmian perhimpunan berkenaan di WTC Kuala Lumpur,Mohamad Hasan kata “Dr Akmal, Pemuda, teruskan keberanian kamu.Tapi, jadilah “Pembangkang Konstruktif” dari dalam kerajaan.”
Sambil disambut sorak gemuruh perwakilan… Menteri Luar itu telah mempertahankan tindak tanduk Ketua Pemuda UMNO itu.
Ketika itu Akmal yang duduk di barisan depan bersama pimpinan UMNO lain atas pentas utama telah bangun melambai dan tunduk sebagai tanda terima kasih.
“Saya tahu Dr Akmal dan Pemuda telah menjeritkan hal isu rakyat dalam Konvensyen Pemuda baru-baru ini. Ada pihak yang kata Pemuda biadab.Bagi saya, tidak.”
Beliau menambah tugas Pemuda memang Pembingit dan Rebellious. Tugas Pemuda menjadi loceng kecemasan.
“Jika ada dasar Kerajaan yang merugikan Melayu atau menekan rakyat, Pemuda lah yang akan bangkit dan menyanggah terlebih dahulu.
“Buktikan Pemuda UMNO lah yang paling efektif menjaga Melayu, bukan mereka yang hanya pandai main sentimen.” – 14/1/2026
Debaran pasal Akmal akan berakhir…
Kalau ikut lojik akal rasanya sudah boleh agak apa pengumuman yang akan dibuat oleh Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada Rabu.

Kini menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 buka tirai 14 hingga 17 Januari senario masih dikuasai spekulasi mengenai Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini.
Teka teki yang hangat terus berlegar apakah beliau akan undur diri sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau Melaka.
Ini bukan kes main-main dan merupakan pertama kali dalam sejarah UMNO jika Akmal berpegang pada kata-katanya seperti yang digembar gemburkan kebelakangan ini.
Semua orang tahu beliau cukup kecewa bila kepimpinan UMNO menolak gesaannya agar di Konvensyen Khas Pemuda UMNO pada 3 Januari agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan dan jalin kerjasama dengan PAS demi perpaduan Melayu.
Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan para pemimpin parti yang lain mempunyai sebab dan alasan mereka tetap mahu kekal dalam kerajaan Perpaduan.
Pada Rabu Akmal telah bertemu dan bicara hati ke hati dengan bos besarnya Zahid di WTC dimana akan berlangsunghnya PAU 2025.
Semalam Isnin…beliau sudah jumpa bos negerinya,Datuk Seri Rauf Yusoh di Melaka.
Ketika ditemui wartawan selepas itu Akmal kata beliau akan akur dengan keputusan dibuat oleh Zahid dan Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.
Menurutnya ini kerana kedua-dua pihak terlibat sebelum ini telah memilih beliau untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
“Insya-Allah, kita tunggulah… sebab apapun saya percaya, kuasa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka adalah kuasa beliau memilih saya sebagai seorang Exco, maka saya perlu akur dan juga perlu ikut apa yang telah diperkatakan.
“… dan kuasa Presiden (UMNO) adalah seorang presiden parti yang telah memilih saya untuk mewakili parti bertanding pada pilihan raya (negeri), jadi ini dua insan yang perlu saya dapatkan persetujuan dan untuk saya dapatkan pandangan sebelum saya umum apa-apa,” katanya.
Selepas jumpa Zahid…Akmal beritahu menerusi laman facebooknya beliau menyatakan segala isi hati dan hasratnya kepada Presiden UMNO itu.
“Isi hati dan hasrat telah saya luahkan sebentar tadi. Terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi atas nasihat dan kesudian mendengar
“Insya-ALLAH moga ini yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO,” ujarnya.
Zahid yang ditemui wartawan selepas satu majlis di WTC pula mengesahkan Akmal sudah bertemu beliau dan akan buat pengumuman mengenai kedudukannya pada Rabu.
Katanya beliau sudah berikan nasihat dan pandangan terbaik kepada Ketua Pemuda UMNO itu.
Jadi apa agaknya pengumuman yang akan muncul pada Rabu?
Ikut ceritanya kebanyakan kalangan pemerhati politik masih tidak menduga akan ada sebarang kejutan.
Mereka dikatakan membuat penilaian itu dari kata-kata Akmal sendiri beliau akan akur dengan keputusan dibuat oleh Zahid dan Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.
Ikut pandangan mereka…lojiknya mana mungkin Zahid dan Rauf Yusoh nak bagi lampu hijau beliau lepaskan jawatan Ketua Pemuda dan ADUN.
Apapun sehingga Akmal sendiri buka cerita secara rasmi pada Rabu…masih ada masa untuk bertaruh.- 13/1/2026
Akmal akur pandangan Zahid, Ab Rauf berhubung jawatan disandang
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata beliau akan akur dengan keputusan dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan disandangnya ketika ini.

Ini kerana kedua-dua pihak terlibat sebelum ini telah memilih beliau untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
“Insya-Allah, kita tunggulah… sebab apapun saya percaya, kuasa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka adalah kuasa beliau memilih saya sebagai seorang Exco, maka saya perlu akur dan juga perlu ikut apa yang telah diperkatakan.
“… dan kuasa Presiden (UMNO) adalah seorang presiden parti yang telah memilih saya untuk mewakili parti bertanding pada pilihan raya (negeri), jadi ini dua insan yang perlu saya dapatkan persetujuan dan untuk saya dapatkan pandangan sebelum saya umum apa-apa,” katanya ketika ditemui di luar Pusat Mediasi Mahkamah Melaka ini.
Beliau menghadiri proses mediasi berkenaan susulan kes saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadapnya pada 2024.
Sementara itu, Dr Muhamad Akmal, dalam satu hantaran di laman sosial Facebook berkata hasrat dan isi hatinya telah diluahkan kepada Ab Rauf di Pejabat Ketua Menteri petang ini.
Beliau berkata Ab Rauf adalah individu bertanggungjawab memperkenalkan perjuangan UMNO kepada dirinya sejak beliau masih menjadi pemimpin mahasiswa dan banyak mengajarnya mengenai dunia kepimpinan dan perjuangan.
“Terima kasih bang, jasa dan ilmu yang abang berikan tidak mampu saya balas satu persatu. Saya berbangga dapat berkhidmat bersama,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan disandangnya ketika ini selepas gesaan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.- Bernama 12/1/2026
Akmal akan umum kedudukan dalam parti dan kerajaan di Perhimpunan Agung UMNO minggu depan…
Kalau nak tahu kemuncak kisah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Saleh kenalah tunggu semasa Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) pada minggu depan.
Apakah beliau akan kekal sebagai orang nombor satu Pemuda UMNO Malaysia dan Ahli Dewan Undangfan Negeri Merlimau,Melaka ?

Setelah melalui pelbagai spekulasi…pengumuman mengenai kedudukan beliau dalam parti dan kerajaan akan diumumkan di perhimpunan yang akan berlangsung ari 14 hingga 17 Januari itu.
“Insya-ALLAH, kedudukan saya dalam parti dan kerajaan juga akan saya umumkan dalam PAU minggu hadapan. Siapalah kita tanpa rakyat yang mengangkat kita pada hari ini,” katanya dalam hantaran di facebooknya pada Sabtu.
Pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO di WTC,Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu Akmal telah gesa agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan dan jalin kerjasama dengan PAS.
Namun dalam rekasinya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti ialah kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal.
Akmal menegaskan beliau akan terus bersuara mengenai hal itu semasa PAU 2025 nanti untuk bawa suara akar umbi.
Katanya di facebooknya “Kita dah bersuara di konvensyen dengan mendengar suara orang awam
InsyAllah kita teruskan bersuara di Perhimpunan Agung UMNO pula minggu depan membawa suara akar umbi parti melalui cawangan dan bahagian
Demi penyatuan agama bangsa kita
Jangan pernah takut untuk bercakap mengenai perkara yang betul
Bukan kerana jawatan dan pangkat kita menjadi pemimpin,tetapi kerana rakyat di bawah
InsyAllah kedudukan saya di dalam parti dan kerajaan juga akan saya umumkan di dalam PAU minggu hadapan
Siapalah kita tanpa rakyat yang mengangkat kita pada hari ini.” – 10/1/2026
Gambar untuk jawab dakwaan Akmal hendak letak jawatan Ketua Pemuda UMNO…
Berita apa? Ada banyak kerja nak kena selesai ni. Lets go Kinabatangan & Lamag! Lawan! …itu bunyi ayat hantaran Setiausaha Pemuda UMNO Hafiz Ariffin di laman facebooknya pada Jumaat.

Serentak dengan hantaran berkenaan Hafiz siar gambar terbaru beliau bersama bosnya Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh di lapangan terbang KLIA untuk berangkat menyertai kempen pilihanraya kecil Parlimen Kinabatangann dan kerusi DUN Lamaq.
Akmal baru saja pulang dari Shanghai dimana beliau melawat adik Medina,kanak-kanak yang ditajanya sendiri untuk rawatan di sebuah pusat perubatan di bandar itu.
Dalam gambar bersama di KLIA itu Hafiz dan Akmal tersenyum riang seolah tiada isu besar sedang berlegar.
Ini gara-gara tersebarnya perkembangan spekulasi terbaru yang mendakwa Akmal sudah bagi indikasi jelas hendak letak semua jawatan – Ketua Pemuda UMNO dan ADUN Merlimau di Melaka.
Akmal didakwa oleh sumber tertentu telah hantar mesej berkenaan menerusi grup whatsapp pemimpin Pemuda UMNO semasa beliau berada di Shanghai.
Antara mesej itu memetik beliau didakwa berkata “Maka insya-Allah, selepas aku balik dari Shanghai ini aku akan meletakkan semua jawatan dalam parti dan juga jawatan saya sebagai wakil rakyat.”
Sabtu lalu, Akmal yang mempengerusikan Konvensyen Khas Pemuda UMNO di WTC dimana beliau secara terbuka gesa agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan dan bergabung dengan PAS di blok pembangkang.
Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dalam reaksinya sebaliknya telah menegaskan UMNO akan terus kekal dengan Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal.
Hafiz dalam hantaran di facebooknya juga siar beliau dipetik oleh sebuah portal berita menafikan Akmal dengan letak jawatan.
“Itu tidak benar,” katanya.
Malah katanya mereka berdua hendak berangkat ke Kinabatangan dimana penamaan calon kerusi Parlimen an DUN akan berlangsung esok,Sabtu.
Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur Jumaat kata setakat ini pihaknya tidak ada terima sebarang surat letak jawatan dari Akmal.
“Tidak ada. Setakat ini tiada surat rasmi diterima. Sebagai Setiausaha Agung parti, kita tidak berpandukan kepada apa yang diperkatakan di media sosial atau cakap-cakap yang berlegar,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu. – 9/1/2026
Ketua Pemuda UMNO buat status merajuk menjelang PAU minggu depan….
Menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu depan… Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh buat naik status macam merajuk di facebooknya yang antara lain menulis “mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri…”

Ramai yang bertanya apakah Dr Akmal serius nak letak jawatan atau hanya acah-acah menjelang PAU pada 14 hingga 17 Januari ini.
Sebelum itu, dalam catatan di fbnya pada Rabu, ADUN Merlimau Melaka itu berkata segala usaha dan perjuangan yang dituntuk dalam perjuangan politik sudah dilaksanakannya.
Dalam masa sama menegaskan, beliau telah berusaha sedaya upaya dalam memperjuangkan suara akar umbi.
“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya.
Dalam masa sama, Dr Akmal menzahirkan penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong yang terus menyokong perjuangan parti.
“Terima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini,” katanya.
Menurut beliau, perjuangan yang berlandaskan niat baik demi agama, bangsa dan tanah air akan tetap berjalan sekalipun ketiadaan beliau kelak.
“Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, Insya-Allah waktunya akan sampai jua,” katanya.
Kenyataan beliau itu dkeluarkan ketika pelbagai perdebatan mengenai masa depan dan hala tuju UMNO dalam landskap politik semasa diadakan.
Semalam, Dr Akmal merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kesediaan meneliti kerjasama politik susulan beberapa usul yang dibangkitkan pada Konvensyen Khas Pemuda tempoh hari.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, parti boleh memulakan langkah dengan meneliti bentuk kerjasama yang sesuai demi penyatuan orang Melayu, dan menyifatkan masa ini sebagai waktu yang tepat untuk memulakan usaha tersebut.
“Terima kasih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bersetuju dengan beberapa usul daripada Konvensyen Khas Pemuda tempoh hari.
“Pertama, kerjasama penyatuan orang Melayu dimulakan dengan dua parti terbesar orang Melayu, iaitu UMNO dan PAS. Kedua, menolak mana-mana cadangan untuk ‘tebuk atap’ kerajaan sedia ada,” jelas Ketua Pemuda UMNO itu lagi.-7/1/2026
Ini jawapan Zahid…UMNO dan BN akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal
Seperti yang diduga oleh ramai pemerhati UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertindak keluar dari Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Parti itu akan kekal dalam gabungan bersama Pakatan Harapan hingga tamat penggal.
Pendirian ini ditegaskan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi pada Selasa sebagai menjawab persoalan yang berlegar ekoran Konvensyen Khas Pemuda UMNO di WTC pada 3 Januari baru ini.
Mesyuarat Biro Politik UMNO di WTC semalam antara lain telah bincangkan saranan Ketua Pemuda UMNO itu.
Dr Akmal antara lain mahu hidupkan semula gabungan UMNO dengan PAS dalam Muafakat Nasional.
Kata Zahid pada wartawan selepas satu majlis di Putrajaya “saya mempunyai pendirian daripada awal, parti juga mempunyai pendirian daripada awal bahawa kita tidak akan pernah melakukan ‘tebuk atap’ kepada kerajaan yang ada sekarang ini.
“…dan kita akan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan ini hingga tamat penggal. Bila pun penggalnya yang akan diumumkan nanti ia adalah penggal yang secukupnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 diadakan,” katanya.
Menurut Zahid perkara itu memang pendirian UMNO dan BN ketika memasuki kerjasama dengan PH sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan pada Disember 2022.
Beliau beritahu tiada keputusan muktamad dibuat dalam mesyuarat Biro Politik semalam berkenaan saranan Pemuda UMNO itu.
Apapun tanpa menyebut mana-mana parti politik Zahid berkata, UMNO tidak mahu pisang berbuah dua kali dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang ketika ini.
“Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu dan kita belum memutamadkannya lagi.
“Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama,” katanya.- 6/1/2026



