TAHUKAH ANDA

Sila semak…bantuan SARA dari kerajaan MADANI masuk hari ini

Penyaluran beberapa inisiatif bantuan Kerajaan MADANI akan dilaksanakan bermula bulan ini hingga Februari 2026.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu hantaran di Facebook, bantuan berkenaan akan disalurkan secara berperingkat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan isi rumah, warga emas dan bujang.

“Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan bagi kategori isi rumah dan warga emas akan mula disalurkan pada 9 Januari, diikuti SARA bulanan bagi golongan bujang pada 16 Januari.

“Bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, ia dijadual disalurkan pada 20 Januari, manakala SARA untuk semua melibatkan bantuan sekali bayar (one-off) RM100 akan diberikan pada 9 Februari,” menurut kenyataan MOF.

Kementerian itu turut menggesa orang ramai supaya berkongsi maklumat berkenaan dengan rakan, ahli keluarga serta komuniti setempat bagi memastikan golongan yang layak tidak terlepas menerima bantuan yang disediakan.

Kerajaan MADANI, kekal komited melaksanakan pendekatan bersasar dalam penyaluran bantuan demi menjaga kebajikan rakyat dan menangani tekanan kos sara hidup.-9/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button