FOKUS

Anak Datuk Bung berentap dengan calon Warisan dan Bebas di PRK Parlimen Kinabatangan

Calon BN Mohd Naim Kurniawan Moktar yakni anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Mokthar Radin akan berentap dengan calon parti Warisan Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas Goldam Hamid dalam pilihanraya kecil Kawasan Parlimen Kinabatangan,Sabah

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pula calon BN, Mohd Ismail Ayob berdepan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari, manakala hari pengundian awal pada 20 Januari.

PRK diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Bung Moktar Radin akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru pada 5 Disember lalu.

Penamaan calon PRK berkenaan berlangsung lancar dan aman hari ini -10/1/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button