TAHUKAH ANDA

Fahmi terima kunjungan hormat wakil Majlis Media Malaysia

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyambut baik kunjungan hormat wakil Majlis Media Malaysia (MMC) ke pejabatnya, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata, delegasi berkenaan turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

“Terima kasih MMC singgah ke pejabat untuk bertemu saya dan Timbalan Menteri,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim; bekas Pengerusi Interim MMC, C Premesh; Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group, Datin Esther Ng; Setiausaha MMC, Radzi Razak; Ketua Pegawai Eksekutif Communications and Multimedia Content Forum Malaysia, Mediha Mahmood dan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Datuk Kuik Cheng Kang.

MMC ditubuhkan secara rasmi susulan penggubalan Akta Majlis Media Malaysia 2024 berperanan sebagai badan kawal selia kendiri bebas bagi industri media.

MMC bertujuan menegakkan kebebasan media, kewartawanan beretika dan piawaian profesional, selain menyediakan platform untuk menangani aduan awam serta pertikaian yang membabitkan media.-14/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button