TAHUKAH ANDA

Kerajaan komited pastikan kebebasan berkarya untuk penggiat seni

Kerajaan akan terus memastikan kebebasan berkarya dipelihara agar penggiat seni dapat menghasilkan karya yang lebih berani, berkualiti dan bermakna untuk masyarakat serta negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif Skop Productions, Datuk Yusof Haslam di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu membincangkan perkembangan dan hala tuju industri perfileman tempatan.

“Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cabaran dan potensi sektor kreatif, termasuk isu cukai hiburan yang akan diteliti dan dibincangkan lanjut bersama kerajaan negeri,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Anwar juga menzahirkan penghargaan terhadap karya filem Sheriff: Narko Integriti yang mengetengahkan isu rasuah dan integriti, serta menghargai sokongan penggiat seni terhadap usaha kerajaan menjunjung keterbukaan dan kebebasan bersuara.-16/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button