FOKUS

Zahid isytihar UMNO kekal bersama Kerajaan Perpaduan di Perhimpunan Agung UMNO

Sekalipun berdepan pelbagai cabaran termasuk digelar UM-DAP… Datuk Seri Zahid Hamidi isytihar di Perhimpunan Agung UMNO 2025 parti itu terus kekal dalam gabungan yang diasaskan atas titah istana selepas pilihanraya umum ke 15.

Katanya UMNO bukan tuli dan sedar harga yang ia kena bayar menyertai gabungan itu dituduh khianat pada Melayu dan agama serta nak terus berpaut pada dahan kuasa.

Namun ketika berucap merasmikan PAU 2025 di WTC Kuala Lumpur pagi Jumaat beliau menolak sebarang rasa ragu.

Katanya kepimpinan dengar ‘suara’ Pemuda UMNO dan lain-lain pihak berkaitan kedudukan parti dalam gabungan itu.

“UMNO tetap setia pada perjanjian.

Zahid menilai UMNO adalah tiang seri kepada kerajaan Perpaduan sekarang.

Menurut sepanjang tiga tahun kebelakangan ini tiada usaha untuk ‘tebuk atap’ dan tindak tanduk negatiif untuk runtuhkan kerajaan.

Apapun Timbalan Perdana Menteri itu mengingatkan sekalipun UMNO tidak tagih layan istimewa ia tidak mahu dianggap parti daun kari atau parti tempelan.

Serentak dengan itu beliau menolak sebarang andaian bahawa sejak sertai gabungan itu UMNO sudah terpesong dari pendirian dan perjuangan asal.

Beliau beri contoh penentangan UMNO pada cadangan Rang Undang-undang mengenai pembaharuan bandar URA ,pilihanraya kerajaan tempatan serta desakan untuk pengitirafan UEC.

Zahid kata semua orang harus terima realiti bahawa dalam situasi sekarang tiada satu parti pun boleh perintah negara ini sendiri,

Beliau akui bukan mudah berada dalam gabungan rentas 17 parti gabungan dalam sebuah kerajaan.

“Kita kena belajar berkerjasama tanpa jual asas perjuangan.

“Kita tak boleh hidup dalam penafian…tak boleh tepuk sebelah tangan.”

Dalam ada itu Presiden UMNO juga minta harus diakui politik melayu sekarang sedang berpecah kerana keangkuhan dendam dan kerakusan.

Zahid kata kebanyakan parti Melayu yang ada sekarang lahir dari Rahim UMNO

“Sampai bila kita nak bersengketa…UMNO harus jadi jambatan satukan yang berselerak…UMNO adalah rumah asal Melayu”,katanya.

Beliau memberitahu selepas ini UMNO akan mengambil langkah untuk anjur satu musyawarah masional bagi menjalin penyatuan bangsa.

Bagi usaha untuk perkukuhkan UMNO sendiri,Zahid umum satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk tarik balik bekas ahli kembali menyertai parti.

Katanya pintu UMNO kekal terbuka kepada semua.

“UMNO tempat bertaut…sesat jalan..kembalilah.”

Langkah ini mendapat tepukan gemuruh para perwakilan dengan sorakan “setujuuuuu’.- 16/1/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button