TAHUKAH ANDA

Titah Agong seharusnya jadi peringatan tegas buat semua

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata titah Agong hari ini menekankan keperluan memperkukuh tatakelola serta mengambil tindakan tegas terhadap sebarang isu berkaitan rasuah.

Beliau menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu sebagai peringatan yang jelas dan tegas kepada semua pihak.

Ia termasuk Ahli Parlimen supaya berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

“Titah Seri Paduka Baginda seharusnya menjadi pengingat kepada semua, sama ada yang terlibat atau pernah melakukan rasuah. Kita yang dipilih sebagai wakil rakyat mesti menjadi contoh kepada masyarakat

“Walaupun titah Tuanku hanya sekitar 15 hingga 18 minit, ia sangat padat dan sarat dengan pesanan serta peringatan, termasuk arahan jelas kepada pihak kerajaan dan badan penguatkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya kepada media selepas menghadiri istiadat berkenaan pada Isnin.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, berkata walaupun titah itu disampaikan dalam tempoh singkat, kandungannya padat dengan pesanan dan peringatan.

Ini termasuk arahan jelas kepada pihak kerajaan serta badan penguat kuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah laku rasuah.

Dalam pada itu, beliau berkata titah berkenaan turut menyentuh keperluan menangani kemudaratan dalam talian, termasuk isu penularan kandungan deepfake dan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata kerajaan komited memastikan persekitaran digital negara lebih selamat selari dengan perkembangan teknologi dan peningkatan capaian internet yang semakin meluas di seluruh negara.

Seri Paduka Baginda menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada Isnin.-20/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button