TAHUKAH ANDA

RUU Pembaharuan Semula Bandar digubal semula

Jemaah Menteri bersetuju secara dasar untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUUPSB) bagi tujuan penambahbaikan sebelum dibentangkan semula di Parlimen.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas Kabinet meneliti keperluan menggubal rangka undang-undang yang lebih menyeluruh, adil dan berkesan.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan MADANI memaklumkan, penambahbaikan itu penting bagi memastikan isu perumahan di kawasan bandar, khususnya melibatkan golongan miskin bandar, dapat ditangani secara tuntas.

“Jemaah Menteri bersetuju terdapat keperluan menggubal rangka undang-undang yang lebih rapi supaya pelaksanaan pembaharuan semula bandar dapat dilaksanakan secara adil serta mengambil kira kepentingan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi, di sini.

Tambah Datuk Fahmi, selepas proses penambahbaikan dimuktamadkan, rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu.-24/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button