TAHUKAH ANDA

Tengku Zafrul dilantik ahli Biro Politik PKR…

Bekas menteri dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raya yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik menjadi ahli Biro Politik parti itu.

Selain Tengku Zafrul, PKR dalam kenyataan pada Ahad memberitahu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanan yang berlangsung hari ini turut melantik pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari, dan Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Sementara Datuk Jamawi Ja’afar, ⁠Datuk Ruji Ubi, Datuk Yamani Hafez Musa pula dilantik menjadi Ex Officio MPP PKR.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata Melaka akan menjadi tuan rumah Kongres Nasional PKR yang berlangsung selama empat hari mulai 25 hingga 28 Jun ini.

“Maklumat terperinci akan dikeluarkan Ibu Pejabat KEADILAN dalam masa terdekat,” katanya.

Fahmi berkata MPP turut meneliti pelaksanaan ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI, termasuk Rancangan Pendidikan Negara yang merupakan usaha menyeluruh bagi menjamin mutu pendidikan yang lebih baik serta mempersiapkan generasi muda menghadapi dunia digital yang makin mencabar.

Beliau berkata program bantuan rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Jualan Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga dilihat boleh ditambah baik bagi memastikan isu kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan tuntas.

“Langkah-langkah membanteras rasuah dan kumpulan kartel turut disokong, agar dana rakyat tidak diseleweng untuk memperkaya kelompok tertentu,” katanya.-26/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button