YANG VIRAL

Malaysia hebat tanpa melupakan warisan Melayu – PM

Kemajuan pesat negara dalam bidang teknologi, digital dan kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya menyebabkan rakyat melupakan sejarah, budaya dan
nilai yang menjadi asas pembentukan negara bangsa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia tanpa mengabaikan jati diri bangsa Melayu.

“Pada masa sama negara ini kekal berakar ke bumi, dengan orang Melayu tidak kehilangan jati diri, terus mengangkat martabat bangsa, menimba ilmu baharu serta berpegang teguh kepada sejarah dan warisan termasuk seni silat yang kini diperkasakan oleh generasi muda,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara 2026 dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato’ Dr. Raja Abdul Majid di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar berkata, seni persilatan bukan sahaja dapat melahirkan pendekar yang tangkas, malah membentuk keperibadian dan akhlak yang tinggi.

Justeru, pesilat yang ingin dilahirkan bukan sahaja perlu mahir dalam seni persilatan, tetapi juga cemerlang dalam bidang akademik dan berilmu pengetahuan.-25/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button