YANG VIRAL

MCMC terbit laporan siasatan awam berkaitan pendaftaran sim prabayar

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerbitkan Laporan Siasatan Awam berhubung cadangan Standard Mandatori Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan awam itu dilaksanakan susulan penerbitan Kertas Siasatan Awam pada 14 Oktober 2025, dengan tempoh rundingan selama 45 hari sehingga 28 November 2025. MCMC menerima 15 penghujahan melibatkan penyedia perkhidmatan dan orang awam.

Menurut MCMC, kelemahan dalam pendaftaran kad SIM prabayar menyumbang kepada penyalahgunaan perkhidmatan selular, termasuk kegiatan penipuan dalam talian.

“Rangka kawal selia perlu diperkukuh bagi menangani pendaftaran palsu dan penggunaan tidak wajar perkhidmatan prabayar.

“Maklum balas yang diterima menunjukkan sokongan meluas terhadap langkah memperketat proses pendaftaran bagi melindungi pengguna dan meningkatkan keyakinan terhadap perkhidmatan digital,” menurut kenyataan MCMC, Rabu.

Antara penambahbaikan dicadangkan ialah penggunaan platform pendaftaran automatik yang selamat, pengesahan biometrik serta pengintegrasian MyDigital ID sebagai mekanisme pengesahan bagi pendaftaran kendiri.

Laporan Siasatan Awam itu boleh diakses melalui laman sesawang MCMC.

MCMC memaklumkan, Standard Mandatori berkenaan akan dikeluarkan dan didaftarkan sebagai Penentuan Suruhanjaya, berserta Soalan Lazim (FAQ), menjelang akhir Februari 2026.-29/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button