
Mahkamah putus isu kawal selia Petronas – Petros
Isu kawal selia Petronas dan Petros telah dibawa ke mahkamah untuk diputuskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut beliau, semua pihak perlu menunggu keputusan rasmi daripada badan perundangan berkenaan.
” Apa yang berada di sosial media termasuk dada akhbar ada respon daripada Sabah ada respon daripada Sarawak berhubung kait dengan kenyataan tersebut tapi apa pun memandangkan kes Petronas dan Petros sudahpun dibawa ke mahkamah.
“Jadi biarlah mahkamah memutuskan perkara tersebutlah dan kita akan melihat apa keputusannya nanti melalui apa yang telah di bawah di peringkat mahkamah”, katanya pada katanya pada sidang media selepas melancarkan Dashboard Status Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen.
Terdahulu , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata MA63 adalah dokumen asas yang menetapkan terma pembentukan Malaysia termasuk hak dan autonomi Sabah dan Sarawak dalam beberapa bidang tertentu.
Namun, pengurusan dan kawal selia industri minyak dan gas ditentukan melalui perundangan persekutuan, khususnya Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144).-29/1/2026



