TAHUKAH ANDA

Anwar disambut meriah ketika tinjau persiapan sambutan Thaipusam di Batu Caves

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves untuk meninjau persiapan penganut Hindu menjelang hari Thaipusam Ahad ini.

Menurut Anwar, tinjauan itu dibuat bagi memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan diberi perhatian sewajarnya agar penganut Hindu dapat beribadat dalam keadaan baik.

“Saya melihat dengan jelas kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang rencam budaya dan agama. Kepelbagaian inilah yang mengikat kita dalam semangat perpaduan dan keharmonian.

“Ini mesti terus dipelihara dengan menolak sebarang usaha menanam bibit kebencian, perpecahan dan prasangka antara kaum dan agama,” katanya menerusi perkongsian di media sosial Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan atas sambutan meriah dan mesra daripada pengurusan kuil, penganut Hindu serta pengunjung.

Katanya, keramahan orang ramai di situ mencerminkan semangat muhibah yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.

“Semoga Thaipusam kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenangan buat seluruh penganut Hindu,” katanya.-31/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button