TAHUKAH ANDA

Bung Mokthar tolak tawaran sertai kabinet…

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Raden ‘buka cerita’ untuk jawab dakwaan konon UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan Kabinet Persekutuan.

Sebagai bukti beliau mendedahkan turut ditawarkan menyertai Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun katanya beliau menolaknya kerana ingin menumpukan usaha memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu menyifatkan perspesi konon UMNO Sabah dipinggirkan hanya sekadar cubaan untuk melemahkan kesepaduan di dalam parti.

Dalan rombakan itu Ahli Parlimen Beaufort daripada UMNO Datuk Siti Aminah Aching digugurkan sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Menurut Bung Moktar barisan Kabinet baharu menampilkan dua wakil UMNO dilantik iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi manakala, Datuk Noraini Ahmad sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Pelantikan ini dilakukan atas kapasiti mereka dalam organisasi parti, Johari sebagai Naib Presiden UMNO dan Noraini sebagai Ketua Wanita.

Siti Aminah yang mengulas mengenai pengguguran itu berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka kerana beliau tahu soal lantikan Jemaah Menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri.

“Saya berlapang dada menerima pengguguran ini. Saya juga ingin memberi ruang kepada rakan seperjuangan, Noraini selaku Ketua Wanita UMNO untuk kembali berkhidmat di dalam Kabinet,” katanya.- 15/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button