Monday - 21, April 2025

Nikmat naik keretapi dari Bandung ke Jogja

Share

CATATAN HELME HANAFI (BAHAGIAN KE LIMA)…..

Secangkir kopi, buku dan pemandangan yang spektakular dari tingkap di kantin keretapi, apa lagi nikmat yang kamu dustakan.

Perjalanan paling seru dari Jawa Barat ke Jawa Tengah melewati gunung, sawah, sungai yang menjadi memori yang tak dapat digambar dan dilukis kata-kata.

Kita melaluinya, dan merasakan sendiri-sendiri.


DARI BANDUNG KE JOGJA naik keretapi Argo Wilis, macam KTM di Malaysia, tapi dengan gerabak baru, sebahagian daripada revolusi train di Indonesia selain keretapi laju.

Perjalanan akan selama 6 jam, paling cepat berbanding keretapi lain 8 jam.

Asalnya nak guna mobil/kereta, tapi hari ini permulaan cuti sekolah di Indonesia. Jalan sesak sana sini sebab orang ambil kesempatan bercuti.

Jadi naik keretapi lebih aman. Relaks2…

Read more

khabar terbaru