Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
MyKad bukan alat pantau pergerakan rakyat - X-press Malaysia
Home / SUARA PEMBACA / MyKad bukan alat pantau pergerakan rakyat

MyKad bukan alat pantau pergerakan rakyat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan MyKad digunakan oleh kerajaan untuk memantau pergerakan harian rakyat Malaysia.

Beliau sebaliknya menegaskan sebaliknya Mykad berfungsi sebagai dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai ciri pengesanan lokasi.

“Saya ingin menegaskan Mykad merupakan dokumen pengenalan diri serta pengesahan identiti dan ia satu mekanisme mengesahkan identiti kita merupakan rakyat Malaysia.

“Mykad dia tidak mempunyai ciri-ciri pengesanan lokasi. kalau tak ada ciri itu, tidak boleh kita katakan sebagai satu alat mematau pergerakan rakyat”, katanya ketika sesi penggulungan Titah DiRaja di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelasnya, Mykad direka dengan algoritma penyulitan tahap tinggi bagi memastikan data rakyat selamat daripada sebarang pencerobohan.-10/2/2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *