SUARA PEMBACA

MCMC lindungi pengguna daripada kandongan memudaratkan

Sebagai maklum balas kepada satu tajuk utama laporan berita mengenai platform Over-The-Top (OTT) termasuk Meta dan TikTok yang menyaksikan peningkatan permohonan oleh Kerajaan untuk menurunkan kandungan pada 2023, Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjelaskan, tindakan yang iambil adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada peningkatan Pandungan memudaratkan dalam talian, dan bukannya untuk membataskan kepelbagaian pandangan.

Statistik MCMC menunjukkan, peningkatan sebanyak 24 kali ganda dalam andungan memudaratkan di platform media sosial dan OTT, daripada 1,019 pada tahun 2022 kepada 25,642 pada tahun 2023, termasuk scam, penjualan haram,perjudian, berita palsu dan ucapan berbaur kebencian, menimbulkan ancaman kepada fabrik sosial dan institusi-institusi di Malaysia.

Ucapan berbaur kebencian, terutamanya, mempunyai potensi untuk mencetuskan keganasan, diskriminasi, dan gangguan, sekali gus mencerminkan kepentingan untuk menguatkuasakan undang-undang dan kawal selia untuk penyederhanaan dan penurunan kandungan bagi melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan.

Justeru, adalah penting untuk Kerajaan, badan kawal selia dan platform OTT
bekerjasama bagi menangani isu ini dan pada masa yang sama menegakkan
kepelbagaian pandangan. Ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan
semua pengguna di alam maya.
KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button