TAHUKAH ANDA

Norza kekal Presiden BAM….tak jadi serah pada Zafrul

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akhirnya tunduk kepada saranan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh supaya terus kekal mengetuai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ini bermakna beliau tidak akan melepaskan jawatan Presiden BAM kepada Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz.

Pengumuman Norza pasal pusingan U ini dibuat di Mesyuarat Ahli Lembaga BAM yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara Sabtu.

Norza menjelaskan dia terpaksa meneruskan tugasnya itu selepas mendapat saranan daripada Hannah selain mendapat sokongan penuh kesemua Ahli Majlis.

BAM melihat kepentingan Norza untuk terus memimpin badan induk itu, terutamanya dari sudut menguruskan persiapan barisan pemain negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris yang hanya berbaki lapan bulan sahaja lagi.

“Berhubung dengan perletakkan jawatan saya sebelum ini, namun sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh di atas sokongan dan bimbingannya selama ini, serta permintaannya untuk mahukan saya kekal sebagai Presiden BAM.

“Selepas pertimbangan secara rapi dan sokongan padu dari Hannah, serta perbincangan menyeluruh bersama Ahli Majlis BAM, saya dengan ini mengumumkan untuk kekal sebagai Presiden BAM.

“Perkara ini tidak diputuskan secara terburu-buru tetapi dibuat menerusi perbincangan yang amat teliti dengan semua Ahli Majlis BAM, bagi memastikan kestabilan dalam fasa yang amat penting menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024,” jelas Norza.- 16/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button