Tok Mat sudah mula beraksi…

Di celah spekulasi dan gosip konon beliau mungkin terpinggir dalam arina politik ekoran pertukaran jawatan dari Menteri Pertahanan ke Menteri Luar dalma rombakan kabinet Selasa lalu Datuk Seri Mohamad Hasan @ Tok Mat beraksi dalam assigment pertama beliau.
Khamis malam Timbalan Presiden UMNO ini yang menaiki pesawat eskutif kerajaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tokyo untuk lawatan kerja lima hari.
Mereka akan hadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun bersama-sama rakan pimpinan lain.

Selain itu Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida dan disusuli perjumpaan dengan ketua-ketua eksekutif syarikat korporat gergasi dan pemimpin-pemimpin industri.
Mereka juga dijadual bertemu dengan diaspora Malaysia di Tokyo.
Sudah menjadi amalam Menteri akan iringi Perdana Menteri dalam sebarang lawatan rasmi atau sidang antarabangsa.Jika tidak beliau akan diwakili oleh Timbalan Menteri Luar.
Maka dijangka banyak masanya akan berada di luar negara dan jauh dari akar umbi politiknya.
Namun dari segi pro dan con ramai juga pemerhati yang melihat jawatan ini akan memberi Mohamad Hasan exposure lebih luas serta menjalin hubungan dengan pimpinan antarabangsa dan lain lain.
Faktor ini juga dikira satu unsur sangat penting untuk seseorang pemimpin.- 16/12/2023