FOKUS

Rafizi tetap akan saman Caprice…

Caprice dan Datuk Seri Rafizi Ramli nampaknya terpaksa menyelesaikan pertikaian mereka mengenai isu dakwaan rasuah penganugerahan satu kontrak bernilai RM2.5 billion di mahkamah.

Bekas Menteri Ekonomi tidak menerima penjelasan Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli yang beliau tidak buat apa-apa komentar yang salah di media sosial mengenainya baru-baru ini.

Dalam podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) yan disiar Jumaat malam Rafizi kata beliau tetap akan teruskan saman terhadap Caprice.

Beliau tetap anggap komentar pempengaruh media sosial berkaitan satu penganugerahan kontrak bernilai RM2.5 billion semasa beliau masih Menteri Ekonomi kepada sebuah syarikat berkaitan dirinya ada unsur fitnah.

Beliau telah beri penjelasan yang panjang lebar pada podcast itu mengenai penganugerahan kontrak itu.

Sebelum itu pada sebelah petang menerusi sidang akhbar di Kuala Lumpur bersama peguamnya, Caprice mendesak Rafizi menurunkan semua hantaran di media sosial dan meminta maaf kepadanya sebelum jam 5 petang Sabtu atau berdepan tindakan undang-undang.

Caprice dakwa beliau tidak pernah menyebut jumlah RM2.5 bilion itu mahu pun sebarang perkataan rasuah dalam hantaran video di laman sosialnya.

Namun dalam podcastnya Jumaat malam Rafizi kata,”pertanyaan yang berbentuk tuduhan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan tindakan undang-undang di bawah undang-undang fitnah.

“Sebaliknya, elemen seperti innuendo dan sindiran tersirat juga boleh diambil kira oleh mahkamah dalam menilai sama ada sesuatu kenyataan itu fitnah atau tidak,” katanya.

Rafizi menjelaskan ahli perniagaan yang dikaitkan dalam dakwaan berkenaan dikenali selepas beliau tidak terbabit dalam dunia politik.

Menurutnya hubungan mereka hanyalah berdasarkan klien yang memerlukan kepakaran pasukan di dalam syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd.

“Untuk Caprice kata ini adalah saham berkepentingan, adalah salah sama sekali kerana mereka hanyalah klien saja. Invoke ada banyak klien, kalau macam itu, habislah semuanya ada kepentingan,” katanya. – 20/2/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button