FOKUS

Dr Ahmad Samsuri…Pengerusi baru PN…PAS juga akan pegang jawatan Ketua Pembangkang

Kini tiada lagi teka teki siapa yang akan pegang jawatan nombor satu dalam Perikatan Nasional (PN).

Sudah sah Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik pegang jawatan itu.

`Penyandang jawatan itu melayakan beliau dilantik Perdana Menteri jika PN menang pilihanraya umum akan datang.

Pengumuman mengenai perlantikan itu disahkan melalui kenyataan bersama oleh empat presiden parti komponen gabungan berkenaan selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN di ibu pejabat PAS, di Kuala Lumpur petang Ahad.

Mereka ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau; dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punitha

Dr Ahmad Samsuri ambilalih jawatan itu ekoran perletakan jawatan Muhyiddin berkuatkuasa 1 Januari.Muhyiddin mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.

Beliau lulusan kejuruteraan aeroangkasa pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PAS dan sudah jadi Menteri Besar selama dua penggal.

Mesyuarat khas yang berlangsung sekitar 30 minit itu dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin.

Selain empat presiden parti komponen, turut tersenarai hadir mesyuarat hari ini ialah Ketua Wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin; Ketua Pemuda PN, Afnan Hamimi Taib Azamuddin; serta Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhamad Sanusi Mohd Nor.

Barisan Ahli MT PN yang hadir ialah Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Oh Tong Keong, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Idris Ahmad, Wong Chia Zhen, S Subramaniam serta K Sivakumar.

Sementara itu, Lau ketika ditemui pemberita selepas selesai mesyuarat berkenaan berkata, pelantikan Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu dipersetujui empat presiden parti komponen serta ahli MT PN.

“PAS adalah parti terbesar di Malaysia yang ada Ahli Parlimen (teramai di Dewan Rakyat). Kita harap sokongan semua pihak, berbagai kaum dan rakyat,” katanya.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudian selepas mesyuarat PN , Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan beritahu semua parti komponen setuju PAS akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang.

Kini jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Ahli Parlimen Larut.

Bagaimanapun,kata Takiyuddin calon bagi jawatan tersebut masih belum diputuskan.

Menurutnya PAS perlu masa untuk buat keputusan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan Hamzah dan 18 lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya mengeluarkan kenyataan ucap tahniah kepada Dr Ahmad Samsuri atas perlantikan sebagai Pengerusi PN dan menyatakan sokongan penuh pada kepimpinan beliau.- 22/2/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button