FOKUS

Awas…ini adalah mesej palsu dakwa kerajaan agih bantuan RM500 untuk Ramadan

Kalau lihat mesej seperti pada gambar ini dakwa kerajaan agih bantuan one-off RM500 untuk Ramadan…ia adalah mesej palsu yang disebar oleh pihak tertentu.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan pada Ahad beritahu tiada bantuan sedemikian diberikan dan orang ramai dinasihatkan tidak klik pautan meragukan.

MoF turut menggesa orang ramai tidak berkongsi maklumat peribadi dengan sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat skim bantuan melalui saluran rasminya.

“Dapatkan maklumat sahih skim bantuan kerajaan melalui laman web dan akaun media sosial rasmi kami. Hentikan penyebaran mesej palsu. Semak sebelum kongsi,” katanya dalam catatan Facebook.

Mesej tular memaparkan gambar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan, mendakwa bantuan RM500 itu dikreditkan ke akaun orang ramai, yang disertakan pautan untuk “penerima” menyemak kelayakan dengan memasukkan maklumat peribadi mereka.- 22/2/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button