
Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia ganti Suhaimi Sulaiman
Patah tumbuh hilang berganti….Jawatan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia sekali lagi disandang oleh bekas orang kanan Astro Awani.
Hari ini bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu.
Beliau mengantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat lalu.
Ashwad sebelum ini berkhidmat selama 19 tahun di Astro Awani.
Suhaimi yang juga sebelum ini pegawai kanan di Astro Awani berkhidmat selama lebih tiga tahun sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia.
Perlantikan Ashwad diumum oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau turut umum lantikan Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.- 23/2/2026



