KEMBARA

Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan tidak penting ke tujuh negara

Wisma Putra mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke negara-negara tersebut sehingga situasi kembali stabil.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan nasihat tersebut kekal berkuatkuasa dan akan dikemas kini sekiranya keadaan memerlukan langkah tambahan.

“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas disaran untuk mendaftar keberadaan terkini melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my bagi memudahkan komunikasi dan penyaluran bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Bilik operasi Wisma Putra juga akan kekal diaktifkan dan sedang menyelaras usaha bantuan konsular di rantau berkenaan.

Dalam pada itu, warganegara Malaysia diminta kekal bertenang, tidak menyebarkan khabar angin tak benar dan merujuk kepada saluran rasmi kementerian serta sumber sahih untuk mendapatkan maklumat terkini.-2/3/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button