SUARA PEMBACA

Cadangan Amanah ini untungkan DAP

Cadangan Amanah ini kelaut. Dia ikut telunjuk bos dia. Bos dia mahu tambah kerusi di kawasan bandar.

Berdasarkan cadangan ini, maka satu kerusi DAP boleh pecah jadi dua atau tiga.

Dan DAP boleh dapat 70-80 kerusi di Semenanjung dan PH boleh menguasai Parlimen dengan kerusi-kerusi ini.

Ini akan menyebabkan jumlah kerusi-kerusi bandar menguasai Parlimen. Jumlah kerusi di kawasan-kawasan bandar di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja akan menjadi 60-70 kerusi Parlimen daripada 34 kerusi sekarang.


Ini juga akan mengakibatkan lebih banyak atau majoriti sumber awam dan dana kerajaan disalurkan ke kawasan-kawasan bandar.

Dengan ini pembangunan tidak akan menjadi seimbang di mana kawasan-kawasan separa bandar atau luar bandar akan lebih tertinggal atau dipinggirkan.

Ini tidak baik untuk pembangunan ekonomi negara dan ia juga akan menerukkan jurang ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara penduduk-penduduk bandar dan luar bandar.

Sebab itu saya tidak setuju cadangan Amanah ini. Ia adalah cadangan yang menguntungkan mereka (PH dan DAP) tetapi merugikan orang lain.


Dan ramai penduduk-penduduk luar bandar ini adalah orang-orang Melayu.

Isham Jalil
bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO

17/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button